Sempena sesi persekolahan 2010 ini saya mengucapkan "Selamat Kembali ke Sekolah" kepada semua warga HSM. Di sini saya catatkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh para pelajar Sekolah Tinggi Muar:
Tanamkan azam baru yang lebih baik dari tahun lepas.
Kekalkan kekemasan diri dan pakaian anda - "to be smart and gentleman".
Peliharalah kebersihan kelas, bangunan dan persekitaran sekolah.
Sentiasa mematuhi disiplin dan peraturan sekolah.
Tanamkan cita-cita yang tinggi selaras dengan visi dan misi sekolah.
Ketika berada di sekolah, sentiasa ingat 'tagline" - To stride in zealously and to march out scholarly."
Jadikan tahun ini sebagai sejarah bagi kecemerlangan anda dan sekolah anda.
"USAHA BUKAN KATA" Puan Hajah Latifah Bte Hamdan
Pengetua Kanan
Sekolah Tinggi Muar