|
PERSATUAN BEKAS PELAJAR
Sejarah
Persatuan Murid Tua Sekolah Tinggi Muar bermula dari penghujung tahun
1940an dan awal tahun 1950an. Di dalam jangkamasa itu persatuan ini
telah didaftarkan dan segala aktiviti-aktivitinya adalah dalam bentuk
perjumpaan sukan dan jamuan.
Walau
bagaimanapun pertukaran beberapa Setiausaha persatuan keluar dari
bandar Muar telah membawa kepada pembatalan pendaftaran persatuan ini
pada lewat tahun 1970an. Sebilangan besar dari rekod-rekod yang
berkaitan dengan persatuan tidak dapat dikesan kerana tiadanya sebuah
pejabat persatuan yang khusus.
Satu usaha
telah dibuat pada tahun 1990 untuk mendaftarkan semula persatuan Murid
Tua Sekolah Tinggi Muar ini. Akhirnya pada 23 November 1991, Persatuan
Murid Tua Sekolah Tinggi Muar telah didaftarkan dengan pihak Pendaftar
Pertubuhan dengan nombor pendaftaran No: 2536/91 dengan sebuah
perelmbagaan yang diluluskan.
Pada 6
September 1992, sebuah mesyuarat persatuan yang pertama telah diadakan
bagi memilih beberapa Ahli Jawatankuasa persatuan. Semenjak dari tarikh
itu persatuan ini telah mula berfungsi.
Setakat ini
satu projek terulung yang telah dianjurkan oleh persatuan ialah Majlis
Malam Mesra pada 21 Mei 1993. Majlis ini telah diserikan dengan
kehadiran Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato Haji Mahyuddin bin Mohd.
Yassin yang juga merupakan bekas pelajar Sekolah Tinggi Muar. Majlis
ini juga dihadiri oleh beberapa orang bekas guru seperti Encik Daud
Amir, mendiang Encik
Vacivale, Tuan
Syed Kassim dan Encik Didar Singh yang membantu mengembalikan memori
alam persekolahan sekitar tahun 1950an dan 1960an. Selain dari itu
ramai bekas pelajar Sekolah Tinggi Muar turut hadir untuk memberi
sokongan dan berkongsi pengalaman masing-masing. Beranika juadah dan
makanan telah dihidangkan pada malam tersebut. Pengalaman yang paling
menarik adalah apabila lagu sekolah dinyanyikan beramai-ramai di dalam
versi Inggeris Sebagai kesimpulannya, Majlis Malam Mesra itu
telah menimbulkan kesedaran tentang wujudnya Persatuan Murid Tua
Sekolah Tinggi Muar. Disebabkan persatuan ini agak baru, ia akan
mengambil sedikit masa lagi sebelum persatuan ini berupaya untuk
mengadakan projek yang lebih memberi faedah kepada ahli-ahli dan
sekolah.
Program terbaru
yang telah diadakan oleh Persatuan Bekas Pelajar ialah Majlis Makan
Malam Sumbangsih pada 19 Oktober 2002 di Padang Hoki Sekolah Tinggi
Muar sempena sambutan Perayaan 100 tahun yang berlanjutan kemuncaknya
pada bulan Mac 2003. Majlis Pelancaran Bangunan Warisan Sekolah Tinggi Muar dan Jerayawara Sains dan Teknologi di adakan pada pada 27-29/3/2003. Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor. Seterusnya acara terakhir ialah Pertandingan Golf pada 15/10/2003 menutup tirai Perayaan Seratus Tahun Sekolah Tinggi Muar.[Sila
klik video klip]
|